Wednesday, November 25, 2015

Keputusan CT-Scan dan Echo Adik..

Assalamualaikum anak mama..

Isnin lepas 23hb November 2015, mama & papa bawak adik pergi check up kat IJN macam biasa.. Kita bertolak pukul 5 dari rumah atok.. Papa & mama bergilir drive kete sebab mengantuk.. Sampai KL jem pulak.. Tapi Alhamdulillah adik baik, tidur je sepanjang perjalanan.. Tiba je kita di IJN, dalam pukul 8, papa terus daftarkan nama adik dan mama bawak adik mandi kat toilet PCHC, IJN tu.. Maaf adik terpaksa mandi air sejuk je.. Tapi adik ceria, tak kisah pun mandi air sejuk.. Mama pun gembira tengok adik..

Masa tunggu giliran, adik asik ajak papa jalan je.. comei.. geram mama.. Alhamdulillah anak mama aktif.. habis semua anak india, cina semua adik tegur.. Tapi dalam bahasa adik la.. mama pun tak faham.. hihi.. Mama sayang anak mama yang bijak ni..

Tak lama tu, misi panggil sebab nak bagi adik makan ubat tidur.. Macam biasa mama & papa kena paksa adik makan ubat tidur tu.. Adik meraung-raung nangis tak mau makan.. Mama & papa terpaksa sayang.. Sebab bila doktor nak buat echo tu, adik kena duk diam-diam.. Tapi biasanya adik kalau nampak doktor adik akan nangis, takut..

Tapi ntah kenapa kali ni ubat tidur tu tak jalan.. adik tak tidur pun malahan adik makin aktif.. hihi.. Kuat betul anak mama ni.. Adik ajak papa jalan sana sini.. Sikit pun tak ngantuk.. Mama & papa layankan aje.. Sampai dah 2 jam adik tak tidur, misi tambah dos tu sikit.. tak lama lepas tu adik terus lena kat bahu papa..




Bila masuk bilik doktor, adik tidur lena.. Yang ada masa tu seorang doktor cina, mama tak ingat nama dia.. Doktor pun buat echo lebih kurang 10 minit gitu.. Ntah tiba-tiba adik bangun terus nangis.. Papa angkat adik, adik tido semula di bahu papa.. Doktor pun terangkan pada mama & papa perkembangan adik.. Doktor beritahu yang jantung adik sebelah kanan bengkak.. Salur darah palsu yg doktor sambungkan masa pembedahan adik tu dah mengembang macam belon.. Allah.. Sedih kami dengar perkhabaran doktor tu.. Tapi mama & papa tahan je dalam hati.. Doktor kata salur tu dari 12cm dah mengembang jadi 24cm.. Sepatutnya dalam masa 5 tahun dia akan mengembang.. Doktor harap tak ada pembedahan untuk adik dalam waktu terdekat ni.. Sebab ada pelbagai risiko.. Apapun doktor suruh datang appoinment bulan Mei 2016 untuk buat echo semula dan doktor harap ada kata putus dari pakar-pakar jantung IJN..

Allah.. Pilu sangat hati mama.. Apatah lagi bila setiap kali mama pandang wajah adik.. Setiap hari mama & papa mendoakan kesembuhan adik, dan berdoa agar adik dapat hidup sihat & ceria seperti anak2 lain.. Mama & papa sayang adik..

Sehingga kita bertemu di lain coretan ya sayang..
Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.